Wednesday 24 September 2014

ULSER MULUT

Setiap daripada anda pasti pernah luka di bahagian dalam pipi, bibir, lidah, bawah lidah atau lelangit. Luka berbentuk bujur atau bulat; putih di tengah dan kemerahan di tepian luka. Ia dikenali sebagai Canker Sore dalam bahasa Inggeris atau secara medikalnya dikenali sebagaiAphthous Stomatitis. Sudah tentu, ia berasa sakit dan mengganggu anda ketika makan atau bercakap.

Walaubagaimanapun, penyakit ini tidak memberi kesan bahaya kepada organ lain seperti kanser. Ia juga bukanlah akibat jangkitan kuman dan bukan pula penyakit yang berjangkit. Menurut statistik, wanita lebih kerap mendapat ulser berbanding lelaki. kekerapan berlakunya ulser juga akan berkurangan apabila umur mencecah 40-an.


Sebahagian orang jarang mendapat Aphthous Stomatitis dan apabila berlaku, ia cepat hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Ada pula yang mengalaminya setiap masa dan agak lambat sembuh. Mereka ini sedang mengalami Recurrent Aphthous Stomatitis (RAS). Punca sebenar penyakit ini masih belum pasti lagi.

Namun begitu, beberapa sebab dan kemungkinan boleh membawa kepada RAS:
  • Sistem imun badan yang abnormal; menyerang sendiri bahagian dalam mulut dan pelbagai lagi faktor lain seperti sistem imun lemah dll.
  • Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)
  • Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain
  • Stres akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir
  • Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi
  • Haid dan perubahan hormon yang mendadak
  • Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate (SLS)yang berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak
  • Bahagian dalam mulut/lidah tergigit, terkena makanan yang tajam atau memberus gigi dengan kasar
Bagaimana hendak mengubati Aphthous Stomatitis?

Setakat ini, tiada penawar yang dapat mengubati serta merta. Namun, pelbagai ubat boleh didapati di farmasi untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Ia akan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari (tidak lebih 10-12 hari). Jika anda menjaganya dengan baik, proses penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat.

Antara ubat penahan sakit untuk ulser mulut
Pastikan anda mengikuti tips berikut apabila anda mempunyai ulser;
  • Elak memakan makanan yang panas, pedas, masam (minuman), masin atau kerasyang boleh menyakitkan luka dan melambatkan proses penyembuhan
  • Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelak ulser tersentuh dengan kasar dan menyebabkan pendarahan. Anda juga disarankan menggunakan cecair pembersih mulut (cth: Listerine) jika memberus gigi menyakitkan.

Beberapa langkah pencegahan (atau sekurang-kurangnya mengurangkan kekerapan ulser itu muncul) yang boleh diikuti;
  • Pelbagaikan makanan dalam diet anda setiap hari terutamanya yang kaya denganvitamin B6 (cth: ayam, ikan, sayur berwarna hijau gelap, betik), vitamin B12 danzat besi (cth: daging, ikan, ayam, sayur, susu, soya) serta asid folik (cth: buah, sayur, bijirin, kekacang).
  • Cuba untuk gunakan produk ubat gigi yang bebas daripada SLS. Antara produk bebas SLS di Malaysia adalah Sensodyne.
  • Anda juga disarankan untuk flos gigi setiap hari, gosok gigi dengan lembut, disertai dengan pembersihan mulut menggunakan cecair pembersih seperti Listerine untuk kebersihan gigi yang total. Mulut kurang bersih menyebabkan bakteria di dalam mulut menyerang ulser anda dan menyebabkan ia teruk dan lambat sembuh
  • Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 1990, oren, tomato, kacang, terung, teh dan minuman kola antara makanan yang boleh menyebabkan ulser muncul.Nanas dan minyak kayu manis juga turut mempunyai kaitan

Tips diatas hanyalah antara cadangan yang boleh dilakukan dan dilaporkan berkesan oleh sebilangan pesakit. Namun begitu, tiada kajian makmal yang dapat membuktikan secara tepat keberkesanan langkah pencegahan ini.


PERHATIAN: jika ulser anda tidak sembuh lebih daripada 3 minggu, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih dalam kerana dikhuatiri ulser tersebut berkemungkinan komplikasi daripada penyakit lain yang berbahaya seperti kanser.




BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?

Bagi anda yang kerap mengalami ulser mulut, disarankan untuk mengamalkan supplement Shaklee berikut.

B-Complex : Mencegah ulser mulut


SR Vita-C : Membantu pemulihan membran mukosa mulut

ESP : Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh


Alfalfa Complex : Menyahtoksin di seluruh tubuh

Herb-lax : Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya segala jenis toksin

No comments:

Post a Comment