Tuesday 28 October 2014

KURANG VITAMIN MERENCAT PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

Anis share info ini dari http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=846

Walaupun ni cerita lama, info ni amat berguna untuk ibubapa yang pentingkan kesihatan anak2.....

Ini cerita nya >>>>>>> opsss...sebelum tu nak inform awal2 TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG MEMBACA INFO ni...klau tak suka membaca & menambah ilmu better stop kat sini je & boleh view blog lain.....


nota : gambar hiasan dari sumber google


KEKURANGAN vitamin dan khasiat diperlukan di kalangan kanak-kanak bukan saja merencatkan pertumbuhan fizikal malah menyebabkan tekanan mental. 

Kanak-kanak yang mengalami tekanan mental lazimnya menunjukkan gejala seperti hilang selera makan, penurunan berat badan, keletihan, mudah marah, sukar tidur, tidak mampu melawan jangkitan serta mengalami masalah pembelajaran.

Pakar Psikiatri Kanak-Kanak Institut Kebangsaan Pediatrik Mexico City, Dr Oscar Sanchez Guerrero (gambar) dalam ucapannya pada Simposium Antarabangsa Aliran Tumbesaran dan Pemakanan Kanak-Kanak di Bangkok anjuran Pharmaton Kiddi baru-baru ini, berkata sejak beberapa tahun lalu kajian intensif dilakukan bagi mencari hubungan antara tekanan dan sistem imunisasi.

Pemakanan adalah salah satu faktor paling penting yang melemahkan kanak-kanak.

Ia menyediakan tenaga diperlukan untuk membesar dan membantu kanak-kanak menghadapi tekanan dari persekitarannya.

Pemakanan bertujuan untuk menyediakan tenaga bagi pembesaran sihat dan membenarkan tubuh mencapai tahap pembangunan optima fizikal dan mental. Kekurangan zat pemakanan adalah punca tekanan pada pembangunan tubuh dan minda yang akhirnya menyebabkan peningkatan keperluan khasiat makanan tetapi dalam masa sama penggunaan khasiat mikro di dalamnya tidak dapat digunakan sepenuhnya yang seterusnya mengakibatkan kesukaran menghadapi tekanan, katanya.

Sanchez membincangkan topik Tekanan dan Pemakanan Di Kalangan Kanak-Kanak dan Remaja pada simposium yang bermatlamat menangani masalah kekurangan khasiat pemakanan dan peranannya ke atas perkembangan dan pencapaian intelektual di kalangan kanak-kanak secara am. Simposium berkenaan julung kali diadakan oleh Pharmaton Kiddi iaitu syarikat pengeluar makanan tambahan terkenal dari Switzerland. Ia dihadiri oleh wakil media dari seluruh rantau Asia seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Korea dan Vietnam.

Sanchez berkata sistem otak yang dikenali sebagai sistem adrenal pituitari hipotalamik dipengaruhi oleh pemakanan dan tekanan. 

Tekanan boleh merangsang sistem ini dan merangsang pengeluaran hormon adrenal. Hormon ini boleh merangsang kelenjar pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan pengeluaran tenaga yang tinggi. 
Ini menyebabkan seseorang itu memerlukan lebih banyak protein dan tenaga seperti vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, minaral seperti kalsium dan fosforus, asid amino seperti lisine. 
Serangan penyakit yang dihadapi kanak-kanak meningkatkan keperluan khasiat tertentu seperti demam yang menyebabkan peningkatan purata metabolik seba nyak 13 peratus bagi setiap selsius melebihi 37.5 peratus.
Peningkatan keperluan ini menyebabkan jumlah radikal bebas dikeluarkan lebih banyak akibat proses metabolik ini dan seterusnya menyebabkan anti oksidan diperlukan dengan lebih banyak seperti vitamin C atau E dan sebagainya. Tekanan kronik memusnahkan tahap kekebalan tubuh dan meningkatkan risiko jangkitan pada salur pernafasan di kalangan kanak-kanak.
Tekanan juga menyerang organ dan sistem badan melalui tindak balas ke atas hormon, tahap imunisasi dan fizikal, katanya.
Proses perkembangan fisiologi berkait rapat dengan proses mental dan keduaduanya menyumbangkan kepada kejayaan menghadapi tekanan. Cara menghadapi tekanan bergantung kepada bagaimana seseorang itu bertindak balas terhadapnya yang dipelajari sejak kecil lagi. Tiga tahap diperlukan untuk menghadapi tekanan iaitu secara biologi, psikologi dan interaksi. Biologi termasuk elemen genetik, pemakanan dan persekitaran. Interaksi adalah cara bagaimana ibu merangsang anak untuk belajar menghadapi dunia luar, katanya.

Pakar Pemakanan terkenal Klinik Medcan, Kanada, Leslie C Beck (gambar), berkata kanak-kanak yang tertekan lebih cenderung diserang pelbagai penyakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Tekanan psikosos i a l menyebabkan peningkatan cortisol dalam hormon seterusnya mencacatkan fungsi imun dan menggalakkan jangkitan. Ia juga menyebabkan peningkatan aktiviti pemusnah semula jadi sel dalam tubuh.

Kekurangan khasiat pemakanan melemahkan sistem imun. Ini termasuk kekurangan pengambilan tenaga dan zat makro atau kekurangan vitamin tertentu serta mineral. Kajian ke atas haiwan dan manusia menunjukkan vitamin A, asid folik, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E, zink, tembaga, zat besi dan selenium diperlukan untuk mengukuhkan sistem imun agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan. 

Hampir semua bentuk imun boleh terganggu akibat kekurangan satu atau lebih daripada zat ini. Zat seperti protein, vitamin B, vitamin C, kalsium dan magnesium juga memainkan peranan penting untuk menghadapi tekanan, katanya.

Beck yang terkenal sebagai penulis lima buah buku terlaris di Kanada berkata, tekanan bukan saja meninggalkan kesan secara fizikal ke atas kanak-kanak tetapi mengganggu perkembangan mental mereka. Peningkatan tahap kortikosteroid mengganggu struktur otak dan fungsinya menyebabkan gangguan memori dan kognitif kanak-kanak.

Banyak kajian menunjukkan zat makanan tertentu dalam makanan sebenarnya mengekalkan pencapaian mental kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang makan secara seimbang dan menerima khasiat mencukupi menunjukkan pencapaian lebih baik dalam ujian kebolehan mental, katanya.

Pemakanan seimbang yang membekalkan tenaga dapat membantu mengatasi tekanan, meningkatkan sistem imun

dan membolehkan tubuh menghadapi tekanan dengan lebih baik. Kajian menunjukkan pengambilan multi vitamin boleh menurunkan tekanan dan kebimbangan.

Vitamin mampu meningkatkan fungsi imun dan mengurangkan jangkitan.

Protein, asid amino dan lisine boleh diperolehi daripada daging, ikan, telur dan produk tenusu yang boleh didapati daripada multi vitamin. 
Sembilan asid amino diperlukan dalam pemakanan untuk otot, hormon dan anti bodi. 
Sesetengah zat diperlukan untuk menghasilkan kimia otak yang penting untuk memori dan tumpuan seperti protein dan vitamin E. 
Sesetengah makanan digunakan oleh otak untuk tenaga dan lemak omega-3 diperlukan untuk pertumbuhan otak sihat, katanya.

Katanya, apa yang lebih penting ialah memupuk tabiat makanan seimbang dan sihat sejak kecil bagi menjauhi mereka daripada pelbagai penyakit kronik seperti jantung, obesiti, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi dalam darah. Diet kanakkanak bukan saja bertujuan membantu perkembangan dan tumbesaran mereka tetapi perlu menjadi asas untuk masa depan lebih sihat.



Monday 27 October 2014

KESIHATAN anak YANG UTAMA

Alhamdulillah...diberikan peluang menghirup udara tahun baru Hijrah....

Semoga terus diberikan kesihatan yang baik untuk menggalas tugas & tanggungjawab. Anak2 pun kurang sakit dah compare dulu2....Yang penting Muhammad tak perlu sedut gas lagi . Ni pic bulan 6 aritu...batuk , selsema...sudah nya kena sedut gas.
Beberapa hari ni bila buka fb je tgk newsfeed ada sahaja kisah kematian akibat sakit lelah kronik. Yang meninggal bukan kanak2 tau yang sudah berusia.

Sebagai ibubapa kita kena ada tahap kesedaran yang tinggi untuk memantau kesihatan anak2. 

JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG KESIHATAN ANAK2
SILA PERHATIKAN TANDA2 PENYAKIT PADA ANAK2



Semenjak kena gas aritu anis serik dah. No more gas hokey....tak sanggup nak tengok Muhammad nangis macam tu.... pilihan ummi tentunya Meal Shakes, Chewable Vita C & Omega Guard.

MAHAL? Jika anda boleh asingkan duit untuk memenuhi impian sendiri, kenapa tidak anda asingkan sedikit duit untuk membeli makanan tambahan untuk anak2. 

MEAL SHAKES RM113.75 boleh dicampur sesudu kecil bersama minuman kegemaran anak2.
OMEGA GUARD RM136 / 90BIJI anda hanya perlu bagi anak sehari 1 biji. 
CHEWABLE VITA C RM37.50 / 90BIJI anda hanya perlu bagi anak sehari 1 biji. 

No more ASTRO kat rumah anis sebab TAK PENTING !! 
Bayar bil astro boleh buat beli Chewable vita c 3 botol kot  ..........


Nak harga murah haruslah join group Shaklee yea....dengan harga pendaftaran ahli RM65 boleh dapat diskaun sehingga 25%





Friday 24 October 2014

Salam Hijrah

Semoga diberi kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga....Ampunkan dosa2 ku sepanjang tahun ini. Permudahkan urusan ku untuk tahun baru yang akan tiba beberapa jam sahaja lagi.....

Ya Allah.....hanya padamu....permudahkan hijrah ku....limpahkan rezeki ku.....hanya pada Mu....



Tuesday 21 October 2014

Hijrah

Salam rindu buat semua....bersawang kejap blog anis ni.....syukur masih diberi peluang bernafas. Kesihatan yang baik untuk mencari rezeki.
Syukur...syukur...syukur....



Sudah hampir ke penghujung tahun Hijrah....Semoga segala impian dan amalan ku diterima Nya. Sungguh banyak dosa yang ku lakukan...Semoga TAUBAT ku diterima.

Alhamdulillah....dan tak nak berpaling lagi dari langkah ini. Sedikit demi sedikit ku tinggalkan URUSAN DUNIA.
Dia Maha Pengasih.....aku sahaja yang berpaling jauh...sedangkan Dia sentiasa menyeru ku untuk kembali.
Kali ini.....dan tika ini...aku tekad untuk kembali pada Nya....menagih rindu...mencari jawapan pada setiap persoalan.....

Ini usahaku...semoga dipermudahkan segala urusan ku...semoga rezeki yang kuterima dapat membahagiakan kedua ibubapa ku.....aku ada impian untuk mereka....permudahkan lah Ya ALLAH...

Setiap manusia melakukan kesilapan...pilihan ditangan kita. Pilihlah JALAN yang DIREDHAI.....jalan lurus .....Hijrah lah jiwa ini.....














Thursday 16 October 2014

TESTIMONI UNTUK KECANTIKAN.

 Syukur....Alhamdulillah...set kecantikan menjadi pilihan sahabat saya ni..suka sahabat saya ni. Bukan perasan tau tapi ini hakikat nya....set kecantikan ni tak pernah kecewakan pelanggan anis tau.

Jika ada yang ingin pertanyaan meh lah whatsapp anis...ehhh telegram pun boleh...



yang nie tuan badan sendiri yea.....anis ambil vita c pada awal2 jatuh cinta ngan shaklee ni


Wednesday 15 October 2014

Yakin

Alhamdulillah..semakin yakin pada diri sendiri...yakin juga pada NYA....hati tenang...langkah semakin laju....adakah aku sudah bersedia?
Insyaallah....sedikit demi sedikit...semoga perubahan ini memberi 1000 rahmat kepada diriku dan keluarga. Ku yakin rezeki untuk ku tetap ada.
Aku pernah lepaskan sesuatu yang aku sayangi...dan langkah kaki ini harus laju meninggalkan sebuah kehidupan silam untuk laju kehadapan.
Syukur....tenang jiwa ku...tenang segala apa yang ku lakukan....Syukur sesangat....

Aku memilih jalan ini...aku berjalan bersama teman yang membantu....Kau hadirkan mereka untuk ku..
Keluarga adalah segala2nya......akan terus bahagiakan mereka....



impian ku !! pendapatan TETAP setiap bulan >>>>

lihat tanda "." pada gambar dibawah.....kira 1 > 7...pejamkan mata sekarang. 

Apa yang anda nampak???

Sunday 12 October 2014

SUKA SUKI hujung minggu



Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik...mencari rezeki untuk keluarga.
Penat tu dah biasa. Yang penting kepuasan untuk menggembirakan anak2....marah2 anak pun tetap sayang....itulah harta dunia & akhirat anis.

Dah beberapa hari encik suami berjauhan dari kami..anak2 dah mula bising...tanya bila nak balik...
Jika kekayaan wang ringgit tu boleh dipetik dah lama kutanam pokok duit. Kekayaan wang & harta benda semua ketentuan ILLAHI....kena usaha lebih kuat lagi untuk berjaya.


Kekayaan tanpa usaha? Ermmmm....biarlah ...saya mahu merasa setiap ujian yang diberikan. Kerana ku yakin DIA menjanjikan yang terbaik dalam kehidupan. 
Sampai bila kita nak hidup dalam situasi yang sama setiap hari. Cari ruang untuk berjaya !!

Alhamdulillah...syukur dengan segala ujian....semoga terus kuat.....

Friday 10 October 2014

jerebu....oh...jerebu....datang bersama penyakit.

I love October..... bulan cinta dan kasih sayang saya...love sesangat...walaupun ada duka yang terselit.
Dah beberapa hari ni cuaca teruk sangat...jerebu...tanda2 penyakit dah ada dah...sebaik2nya nak elak..klau ummi yang demam ...kesian kat anak2...alhamdulillah sebab kak long & kak ngah boleh bantu ummi. Untunglah yea ada anak perempuan ramai ni.
Syukur dengan rezeki ini. 4 anak dara + 1 bujang. Anak bujang yang manja...anak2 dara ummi yang kekadang ngada2 lebih sesangat lah manja...

Hari ni kisah jerebu..penyakit yang mengganggu sistem pernafasan pun kompom akan melanda. Paling kerap asma....adoiii....semput....

Kena cari chewable vita c lagi ni wat stok. Muhammad paling suka omega guard..tak perlu risau dah.
Buat ummi2, ibu2 beli cepat set ni untuk kesihatan seisi keluarga.

Ummi pun dah letih ni...memalam hari mcm2 urusan nak buat.
Malam ni memang telan alfalfa + ESP lah jawab nya....  selamat malam cinta....semalam malam buat suami ku yang jauh dari mata....love u so much....my anak2....




 jerebu pun punca penyakit....detoks racun2 dalam badan dulu ye......




Thursday 9 October 2014

KENAPA SAYA MESTI MEMILIH JENAMA SHAKLEE?

sALAm buat semua....
Cuci mata ngan info best nie dulu >>>>


Hari ni banyak perkara nak share...tapi mood pepagi ni anis nak cerita panduan memilih vitamin. 
Anis perasan ada beberapa rakan yang bertanya fungsi produk & cara makan. Walaupun yang bertanya tu tak beli produk dari anis (mgkn beli ngan SID lain) Insyaallah anis cuba bantu juga. Buat SID lain bantulah & pantau lah keadaan customer anda. 
Macam kes member sekolah anis tu...beli collagen powder dah lah mahal tak terang cara makan tu betul2...sudah nye member tu ngadu ngan anis muka die teruk berbintik2....kesian nya lah....hilang kepercayaan pelanggan pada jenama produk tau.

JANGAN JUAL DAPAT DUIT SENYAP ! 
anda telah merosakkan reputasi SID lain yang bersungguh2 
mencari rezeki dengan jujur & ikhlas.


Kat sini anis share kan tips memilih vitamin. semoga dapat membantu anda memilih dengan bijak. 
Jika harga menjadi taruhan anda. Sila abaikan pembacaan ini. Penat je baca klau sudahnya jawapan anda "mahalnya, tak nak lah beli" 

STOP !! 

Panduan Memilih Vitamin dan Mineral Yang Baik:
1. Pastikan vitamin yang diambil hendaklah SEMULAJADI.

PENTING >> untuk pengetahuan anda 

1)  TIADA SILIKA GEL  dalam setiap botol produk shaklee 

Silica gel adalah zat yang terbuat dari silikon silikat yang dikenal karena kemampuannya menyerap kelembaban.

2) Bekas / botol2 produk boleh dikitar semula





2. Kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) .
**contoh sahaja

3. Sijil HALAL yang diSAHkan

4. Pastikan vitamin yang DIPILIH memenuhi kehendak kesihatan anda. Fungsi setiap vitamin harus diambil berat.

Tak nak lah pula nanti kata tak berkesan. Pastikan anda tahu fungsi vitamin. Secara automatik boleh tambah ilmu juga. 




Tentang Kami

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa SelamatSentiasa Berkesandan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri. 



Keunikan Shaklee

Falsafah Produk Shaklee

Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.



Tidak Diuji Ke atas Haiwan

Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan
kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di seluruh dunia.
Sebagai polisi kami, Shaklee Corporation menentang dan tidak menjalankan
apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk Shaklee.
Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing,
agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri
ke atas produk kami tanpa kawalan daripada pihak kami.
Pada tahun 2003, Ibu Pejabat Dunia Shaklee telah dibom oleh seorang individu yang
menyangka bahawa kami melakukan ujian ke atas haiwan.
Ujian ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kami atau produk kami.
Malah, ia telah dijalankan secara berasingan oleh badan farmaseutikal yang memiliki syarikat kami
pada masa itu. Kami telah beroperasi secara bebas sejak tahun 2004.
Malangnya, tindakan keganasan yang tersilap sasar ini serta liputan media yang
berterusan terhadap suspek pengebom tersebut telah menyebabkan kekeliruan
yang mengaitkan syarikat kami dengan ujian ke atas haiwan. Ini adalah sebuah kesilapan yang nyata.
Kami sentiasa mempercayai dan menyokong layanan beretika terhadap semua jenis haiwan.