Thursday 4 September 2014

5 tips Agar Anda Sentiasa KURUS


Assalammualaikum semua....hari nie Anis nak share tips untuk anda SENTIASA KURUS
Wahh...bila nampak perkataan KURUS je excited plak yea......

Nak cerita sikit ni....berat Anis pernah memcecah 74kilo ...... 
boleh tgk pic Anis masa comel lote tu....
Oh tidak...xmo dah berat camtu....baju x muat, kerap sakit kaki, sedih bila comel sangat. Dulu Anis tak lah comel mcm 74kilo tu..paling berat pun 65 /68 kilo .....adoiii...berat juga sebenarnya...hehhee
Tapi gara2 tak jaga pemakanan, semua belasah telan je...tu lah hasilnya 74 kilo.....mencabar betul. 
Dengan berat 74 kilo tetiba doktor beritahu " confirm u ada Atrithis = RADANG SENDI ..... oh...saya suka sukan....nikmat kesihatan saya ditarik sedikit...
Ishhhh...panjang Anis cerita. Esok2 cerita lagi macammana Anis masih boleh bersukan walaupun ada sakit RADANG SENDI  

Jom zikir Ya Wahhab = Maha Pemberi 100x 
Doa apa yang anda mahukan !!Yakin kerana DIA Maha Pemberi


1. Jadikan air masak sebagai minuman utama

Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus / manis / berkarbonat / tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari

Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari.

4. Makan hanya apabila lapar

Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

5. Makan buah-buahan


Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.




No comments:

Post a Comment