Tuesday 23 September 2014

BILA TIBA

Ya Allah, bagaimana lagi harusku nyata kan perit nya hati untuk menerima sebuah kehilangan. Insan2 yang ku sayangi....
Dari last week lagi sepupu2 cerita tentang mimpi gigi patah...dan beberapa hari lepas hubby cerita pasal burung gagak yang asyik dok memekak kat laman umah mak....

Dan aku ? bila masuk tandas or bilik mandi ter bau2 kapur barus.....ini bukan sekali....sebelum arwah mak long meninggal pun aku bau yang sama. Hanya hilang bau tu lepas seminggu arwah pergi. 
Hati mula tak tenang...risau sangat...sudah bersediakah aku.....samaada aku atau ahli keluarga lain yang pergi dulu....
Aku tahu DIA mendengar segala keluh kesahku.....pagi tu kat tv al-hijrah ceramah pasal kematian. Bagaimana Rasulallah s.a.w tabah menerima kematian setiap seorang anak nya...kecuali Fatimah (jika x silap lah)  yang masih hidup sehingga Nabi wafat. 
Kematian itu pasti. 

Dan selepas itu juga aku memujuk hati  , sedar akan Qada & Qadar ...... aku redha....

Bulan depan 25 October 2014 tahun baru hijrah........tarikh ulangtahun perkahwinan ku juga. Aku selalu berjanji untuk berubah setiap tahun...sedikit demi sedikit....aku tak nak kehidupan dengan hati yang hitam. Takut....aku takut seksaan api neraka itu....Aku impian kan hidup di syurga...seperti mimpi yang Kau hadirkan buatku....

Sudah terlalu jauh aku melangkah dengan kaki yang pincang, sudah ku pasakkan kaki dengan tiang yang paling kuat agar dapat ku mengatur langkah yang lurus.....
Syukur Kau beri ku ujian ini, Syukur sebab ku menerima ujian ini.
Kau hadirkan rakan2 yang akan membantuku ke syurga....




No comments:

Post a Comment