Tuesday 28 October 2014

KURANG VITAMIN MERENCAT PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

Anis share info ini dari http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=846

Walaupun ni cerita lama, info ni amat berguna untuk ibubapa yang pentingkan kesihatan anak2.....

Ini cerita nya >>>>>>> opsss...sebelum tu nak inform awal2 TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG MEMBACA INFO ni...klau tak suka membaca & menambah ilmu better stop kat sini je & boleh view blog lain.....


nota : gambar hiasan dari sumber google


KEKURANGAN vitamin dan khasiat diperlukan di kalangan kanak-kanak bukan saja merencatkan pertumbuhan fizikal malah menyebabkan tekanan mental. 

Kanak-kanak yang mengalami tekanan mental lazimnya menunjukkan gejala seperti hilang selera makan, penurunan berat badan, keletihan, mudah marah, sukar tidur, tidak mampu melawan jangkitan serta mengalami masalah pembelajaran.

Pakar Psikiatri Kanak-Kanak Institut Kebangsaan Pediatrik Mexico City, Dr Oscar Sanchez Guerrero (gambar) dalam ucapannya pada Simposium Antarabangsa Aliran Tumbesaran dan Pemakanan Kanak-Kanak di Bangkok anjuran Pharmaton Kiddi baru-baru ini, berkata sejak beberapa tahun lalu kajian intensif dilakukan bagi mencari hubungan antara tekanan dan sistem imunisasi.

Pemakanan adalah salah satu faktor paling penting yang melemahkan kanak-kanak.

Ia menyediakan tenaga diperlukan untuk membesar dan membantu kanak-kanak menghadapi tekanan dari persekitarannya.

Pemakanan bertujuan untuk menyediakan tenaga bagi pembesaran sihat dan membenarkan tubuh mencapai tahap pembangunan optima fizikal dan mental. Kekurangan zat pemakanan adalah punca tekanan pada pembangunan tubuh dan minda yang akhirnya menyebabkan peningkatan keperluan khasiat makanan tetapi dalam masa sama penggunaan khasiat mikro di dalamnya tidak dapat digunakan sepenuhnya yang seterusnya mengakibatkan kesukaran menghadapi tekanan, katanya.

Sanchez membincangkan topik Tekanan dan Pemakanan Di Kalangan Kanak-Kanak dan Remaja pada simposium yang bermatlamat menangani masalah kekurangan khasiat pemakanan dan peranannya ke atas perkembangan dan pencapaian intelektual di kalangan kanak-kanak secara am. Simposium berkenaan julung kali diadakan oleh Pharmaton Kiddi iaitu syarikat pengeluar makanan tambahan terkenal dari Switzerland. Ia dihadiri oleh wakil media dari seluruh rantau Asia seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Korea dan Vietnam.

Sanchez berkata sistem otak yang dikenali sebagai sistem adrenal pituitari hipotalamik dipengaruhi oleh pemakanan dan tekanan. 

Tekanan boleh merangsang sistem ini dan merangsang pengeluaran hormon adrenal. Hormon ini boleh merangsang kelenjar pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan pengeluaran tenaga yang tinggi. 
Ini menyebabkan seseorang itu memerlukan lebih banyak protein dan tenaga seperti vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, minaral seperti kalsium dan fosforus, asid amino seperti lisine. 
Serangan penyakit yang dihadapi kanak-kanak meningkatkan keperluan khasiat tertentu seperti demam yang menyebabkan peningkatan purata metabolik seba nyak 13 peratus bagi setiap selsius melebihi 37.5 peratus.
Peningkatan keperluan ini menyebabkan jumlah radikal bebas dikeluarkan lebih banyak akibat proses metabolik ini dan seterusnya menyebabkan anti oksidan diperlukan dengan lebih banyak seperti vitamin C atau E dan sebagainya. Tekanan kronik memusnahkan tahap kekebalan tubuh dan meningkatkan risiko jangkitan pada salur pernafasan di kalangan kanak-kanak.
Tekanan juga menyerang organ dan sistem badan melalui tindak balas ke atas hormon, tahap imunisasi dan fizikal, katanya.
Proses perkembangan fisiologi berkait rapat dengan proses mental dan keduaduanya menyumbangkan kepada kejayaan menghadapi tekanan. Cara menghadapi tekanan bergantung kepada bagaimana seseorang itu bertindak balas terhadapnya yang dipelajari sejak kecil lagi. Tiga tahap diperlukan untuk menghadapi tekanan iaitu secara biologi, psikologi dan interaksi. Biologi termasuk elemen genetik, pemakanan dan persekitaran. Interaksi adalah cara bagaimana ibu merangsang anak untuk belajar menghadapi dunia luar, katanya.

Pakar Pemakanan terkenal Klinik Medcan, Kanada, Leslie C Beck (gambar), berkata kanak-kanak yang tertekan lebih cenderung diserang pelbagai penyakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Tekanan psikosos i a l menyebabkan peningkatan cortisol dalam hormon seterusnya mencacatkan fungsi imun dan menggalakkan jangkitan. Ia juga menyebabkan peningkatan aktiviti pemusnah semula jadi sel dalam tubuh.

Kekurangan khasiat pemakanan melemahkan sistem imun. Ini termasuk kekurangan pengambilan tenaga dan zat makro atau kekurangan vitamin tertentu serta mineral. Kajian ke atas haiwan dan manusia menunjukkan vitamin A, asid folik, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E, zink, tembaga, zat besi dan selenium diperlukan untuk mengukuhkan sistem imun agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan. 

Hampir semua bentuk imun boleh terganggu akibat kekurangan satu atau lebih daripada zat ini. Zat seperti protein, vitamin B, vitamin C, kalsium dan magnesium juga memainkan peranan penting untuk menghadapi tekanan, katanya.

Beck yang terkenal sebagai penulis lima buah buku terlaris di Kanada berkata, tekanan bukan saja meninggalkan kesan secara fizikal ke atas kanak-kanak tetapi mengganggu perkembangan mental mereka. Peningkatan tahap kortikosteroid mengganggu struktur otak dan fungsinya menyebabkan gangguan memori dan kognitif kanak-kanak.

Banyak kajian menunjukkan zat makanan tertentu dalam makanan sebenarnya mengekalkan pencapaian mental kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang makan secara seimbang dan menerima khasiat mencukupi menunjukkan pencapaian lebih baik dalam ujian kebolehan mental, katanya.

Pemakanan seimbang yang membekalkan tenaga dapat membantu mengatasi tekanan, meningkatkan sistem imun

dan membolehkan tubuh menghadapi tekanan dengan lebih baik. Kajian menunjukkan pengambilan multi vitamin boleh menurunkan tekanan dan kebimbangan.

Vitamin mampu meningkatkan fungsi imun dan mengurangkan jangkitan.

Protein, asid amino dan lisine boleh diperolehi daripada daging, ikan, telur dan produk tenusu yang boleh didapati daripada multi vitamin. 
Sembilan asid amino diperlukan dalam pemakanan untuk otot, hormon dan anti bodi. 
Sesetengah zat diperlukan untuk menghasilkan kimia otak yang penting untuk memori dan tumpuan seperti protein dan vitamin E. 
Sesetengah makanan digunakan oleh otak untuk tenaga dan lemak omega-3 diperlukan untuk pertumbuhan otak sihat, katanya.

Katanya, apa yang lebih penting ialah memupuk tabiat makanan seimbang dan sihat sejak kecil bagi menjauhi mereka daripada pelbagai penyakit kronik seperti jantung, obesiti, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi dalam darah. Diet kanakkanak bukan saja bertujuan membantu perkembangan dan tumbesaran mereka tetapi perlu menjadi asas untuk masa depan lebih sihat.



No comments:

Post a Comment