Tuesday, 14 April 2015

WANITA CANTIK & PEMUTIH KULIT.

Jejalan cari idea jumpa artikel ni. Nak juga. Sbb majoriti wanita ni nak cantik segera. Dah nama pun wanita, nafsu lebih sikit bab cantik ni....macam saya.

Tapi tidak berani gak anis cuba produk pemutih segera ni. Takut. Mak selalu pesan, muka tu dah elok. Buat apa nak pakai produk yang boleh ROSAKKAN KULIT. Pesanan penaja dari my mom hokey.


Adakah anda pernah kena begini selepas memakai krim / sabun pemutih kulit??

 



Sila elakkan


Walaupun isi cerita ni copy paste ianya perlu dikongsi juga.

Cerita panjang lebar boleh klik sini >>> 



Kulit sememangnya memerlukan perawatan sewajarnya agar kelihatan cantik dan cerah, namun kita juga harus mempertimbangkan tentang kesannya terhadap kesihatan. 

Pilihan ramai wanita berkerjaya diluar sana.

Suntikan Vitamin C
Rawatan kecantikan ini merupakan yang paling popular di kebanyakan klinik dan salun kecantikan. Bagaimanapun, teknik ini tidak disarankan oleh ramai pakar kulit kerana ia boleh mengundang risiko terhadap kesihatan.


Bahan Dan Zat Kimia Berbahaya Dalam Produk Pemutihan Kulit.


Rhodamin B
Bahan kimia ini memberikan kesan merah pada wajah. Rhodamin boleh mengganggu saluran pernafasan, menyebabkan kanser dan kerosakan hati. 

Hidrokinon (Hydroquinone)
Zat kimia ini berfungsi untuk ‘menyekat’ pengeluaran melanin agar kulit kelihatan lebih cerah. Penggunaan hidrokinon haruslah tidak boleh lebih dari dua peratus dan tidak boleh digunakan secara terus menerus. Penggunaan hidrokinon untuk jangka masa panjang boleh mengakibatkan kesan kepada ginjal, fungsi hati dan leukemia (kanser darah). Penggunaan hidrokinon haruslah dengan pengawasan doktor.

Tretinoin (retinoic acid)
Zat kimia ini boleh menyebabkan kulit kering dan rasa terbakar. Bahan ini biasanya terdapat pada produk pemutih dan produk anti jerawat.

Saya tetap memilih produk Shaklee. Biarlah lambat asal selamat. Produk yg ada ujian klinikal. Tak perlu suntik nak cantik.

Vitamin E

1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
7. Membantu melancarkan peredaran darah
8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
9. Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
11. Meningkatkan pengeluaran air mani
12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
13. Menguatkan dinding kapilari
14. Mengurangkan tekanan darah
15. Membantu mengekalkan  kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
16. Kulit dan rambut menjadi sihat
17. Mencegah anemia
18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk
20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
22. Merapatkan hubungan suami isteri@Vitamin Cinta
23. Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
24. Sangat membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

Vitamin C

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untukbina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik sepertiatherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Energy Soy Protein

1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik