Sunday 25 May 2014

Amalan ROHANI >> Berubah

Syukur, semenjak BERCINTA ngan SHAKLEE ni semakin menjadi baik....hehehe...lebih baik pun ada...ishh...masuk bakul angkat sendiri...

Ingin berjaya kena lah berubah...banyak dah perubahan pada diri sendiri yang saya lakukan....
"ANIS NAK CANTIK DIMATA DIA JUGA"

Sedekah, yea memang bersedekah tapi kekadang tu hati tak ikhlas sangat kot, ada sikap yang x syok bila dah hulur duit...ishhh....xmo dah jadi macam tu.



Setiap waktu juga mengharapkan rezeki yang halal untuk kami sekeluarga.

Betul, tinggalkan yang tidak bermanfaat.....tinggalkan agar jiwa tenang. Macam dah lama juga x btol2 menonton tv. Yang anis tahu lepas Isyak waktu anis bersama NYA. Alhamdulillah, TENANG....dan sangat TENANG.

Okey, ini amalan tambahan anis. Lepas dapat buku Al-Mathurat masa kelas kat Faizland tu, terus simpan je. Terpikir sempat ke nak baca setiap pagi?? Betul. Jika kita bersungguh2 nak berubah semua mudah sahaja. Saya bangun awal pagi terawal sikit dari biasa. hehehehe....dah set klau 1/2 jam saya menonton tv boleh...kenapa tidak saya membaca Al-Mathurat nie , banyak yang saya dpt kan....Alhamdulillah...sebelum subuh dah boleh bangun dah duduk membacanya. Semoga amalan ini berterusan.....

Amalan2 rohani semakin baik dan dapat ditambah supaya lebih baik. Saya tidak mahu kesenangan diakhirat sana terganggu. Saya mahu lena. Saya mahu suasana saya dialam mimpi itu. Berbaring ditepi sungai, makan buah-buahan dan minum air dari sungai....air yang sangat sedap....tempat yang sangat indah....indah sangat...bila terjaga dari mimpi..." ADAKAH ITU SYURGA??" .....Ya ALLAH, indah sungguh mimpi itu. Semoga tempat itu kekal untuk ku.....
Mesti anda nak tahu...pernahkah saya mimpikan NERAKA? 
Jawapan saya : YA, sy pernah diseksa disana.
Saya bukan manusia yang sempurna. Kita semua pernah melakukan kesilapan. Dan saya nak berTAUBAT untuk segala dosa2 yang saya tahu dan mungkin juga sy tidak tahu. Setiap malam saya selalu baca DOA TAUBAT sebelum tidur. Mengharap keampunan NYA. Dan suatu malam saya di HUKUM. 
Saya berada disuatu tempat yang gelap. Yang ada hanya petir yang menyambar, guruh yang berdentam-dentum. Saya tiada tempat untuk lari. Sana sini petir. Tiada tempat untuk berlindung. Tetiba saya nampak titian.....seberang yang nampak tenang pada mata saya. Saya cuba melangkah ke titian.....dibawahnya api yang menjulang....tiba2...PETIR menyambar tubuhku...Ya ALLAH, ....sakit nya tidak terkata. Tubuh badan yang hangus terbakar, dengan kesan terbakar yang mengering...anda boleh bayangkan tak kesakitan itu???

Hingga hari ini saya masih rasa kesakitan nya. Saya masih terasa sakitnya kerana ketika saya merangkak itu, setiap kali itu juga kudis2 kering dibadan merekah. dihadapan saya titian yang tidak mampu saya langkah. Dibawahnya api yang menjulang....yea API NERAKA....takut...sy tidak mahu tinggal disana..YA ALLAH, AMPUNKAN DOSA2 KU yang leka dan lalai...
 

setiap kita mahu berubah...tapi jangan hanya kata2...buktikan kita boleh berubah. 
Semoga kita semua istiqamah dalam melakukan kebaikan, BERUBAH lah...BERUBAH lah.....
"saya sayangkan keluarga saya"

No comments:

Post a Comment