Thursday 9 October 2014

KENAPA SAYA MESTI MEMILIH JENAMA SHAKLEE?

sALAm buat semua....
Cuci mata ngan info best nie dulu >>>>


Hari ni banyak perkara nak share...tapi mood pepagi ni anis nak cerita panduan memilih vitamin. 
Anis perasan ada beberapa rakan yang bertanya fungsi produk & cara makan. Walaupun yang bertanya tu tak beli produk dari anis (mgkn beli ngan SID lain) Insyaallah anis cuba bantu juga. Buat SID lain bantulah & pantau lah keadaan customer anda. 
Macam kes member sekolah anis tu...beli collagen powder dah lah mahal tak terang cara makan tu betul2...sudah nye member tu ngadu ngan anis muka die teruk berbintik2....kesian nya lah....hilang kepercayaan pelanggan pada jenama produk tau.

JANGAN JUAL DAPAT DUIT SENYAP ! 
anda telah merosakkan reputasi SID lain yang bersungguh2 
mencari rezeki dengan jujur & ikhlas.


Kat sini anis share kan tips memilih vitamin. semoga dapat membantu anda memilih dengan bijak. 
Jika harga menjadi taruhan anda. Sila abaikan pembacaan ini. Penat je baca klau sudahnya jawapan anda "mahalnya, tak nak lah beli" 

STOP !! 

Panduan Memilih Vitamin dan Mineral Yang Baik:
1. Pastikan vitamin yang diambil hendaklah SEMULAJADI.

PENTING >> untuk pengetahuan anda 

1)  TIADA SILIKA GEL  dalam setiap botol produk shaklee 

Silica gel adalah zat yang terbuat dari silikon silikat yang dikenal karena kemampuannya menyerap kelembaban.

2) Bekas / botol2 produk boleh dikitar semula





2. Kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) .
**contoh sahaja

3. Sijil HALAL yang diSAHkan

4. Pastikan vitamin yang DIPILIH memenuhi kehendak kesihatan anda. Fungsi setiap vitamin harus diambil berat.

Tak nak lah pula nanti kata tak berkesan. Pastikan anda tahu fungsi vitamin. Secara automatik boleh tambah ilmu juga. 




Tentang Kami

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa SelamatSentiasa Berkesandan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri. 



Keunikan Shaklee

Falsafah Produk Shaklee

Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.



Tidak Diuji Ke atas Haiwan

Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan
kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di seluruh dunia.
Sebagai polisi kami, Shaklee Corporation menentang dan tidak menjalankan
apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk Shaklee.
Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing,
agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri
ke atas produk kami tanpa kawalan daripada pihak kami.
Pada tahun 2003, Ibu Pejabat Dunia Shaklee telah dibom oleh seorang individu yang
menyangka bahawa kami melakukan ujian ke atas haiwan.
Ujian ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kami atau produk kami.
Malah, ia telah dijalankan secara berasingan oleh badan farmaseutikal yang memiliki syarikat kami
pada masa itu. Kami telah beroperasi secara bebas sejak tahun 2004.
Malangnya, tindakan keganasan yang tersilap sasar ini serta liputan media yang
berterusan terhadap suspek pengebom tersebut telah menyebabkan kekeliruan
yang mengaitkan syarikat kami dengan ujian ke atas haiwan. Ini adalah sebuah kesilapan yang nyata.
Kami sentiasa mempercayai dan menyokong layanan beretika terhadap semua jenis haiwan.

No comments:

Post a Comment