Friday 14 November 2014

UJIAN KESAKITAN

Jumaat. Hari ke 5 ujian kesakitan & kesabaran. Ya Allah, memang tak tertanggung kesakitan yang dirasa.

Kesakitan perut tiba2 awal pagi ahad tu memang menguji ku. Ingatkan boleh reda lepas g klinik ambil injection. Perancangan DIA lebih dari yang dijangka. Kesakitan tak hilang pun, makin teruk dah rasanya...pergi klinik kali ke2 dalam tempoh masa tak sampai 1 jam. Oh...nak nangis dah rasa...memang tak tertanggung sakit. Hanya terbayang kematian.

Oh tidak....belum bersedia untuk itu lagi... hanya mampu memohon keampunan dari NYA. Semoga kesakitan yang kurasa dapat menghapuskan dosa2 kecil ku...dosa yang tersembunyi & dosa yang nyata.

Ku pohon kekuatan Mu Ya Allah......




No comments:

Post a Comment