Wednesday 17 December 2014

SAKIT SENDI

Apakah Penyakit Gout ?

Untuk pengetahuan anda, penyakit gout adalah merupakan penyakit yang biasanya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. 
 
Perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki. 
 
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.

Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. 

Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.


Faktor Utama : 

1) Asid urik berlebihan dalam badan


2) asid urik tidak dibuang dengan berkesan dalam badan



Tanda-tanda penyakit gout menyerang
  1. Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
  2. Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur. 

      

Penyakit berkaitan sendi?


  1. Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
  2. Gout
  3. Arthrithis
  4. Osteoporosis
  5. Tendinitis
  6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat

  1. Mudah kejang dan tegang pada sendi
  2. Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
  3. Bengkak pada sendi
  4. Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
  5. Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi


  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 

  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

No comments:

Post a Comment