Monday 16 June 2014

KEDAMAIAN DAN KETENANGAN JIWA KU

Syukur Alhamdulillah.....masih diuji untuk melengkapkan perjalanan hidup ini. DIA mendengar setiap keluhanku.......

Ya ALLAH. hanya kekuatan dan kesabaran ku pinta agar aku tidak tersungkur dengan segala ujian Mu.

 Setiap langkah yang ku atur Kau jugalah yang Maha Mengetahui dimana langkahku akan berhenti.


Hanya kesabaran dan ketakwaan. Kerana Engkau menjanjikan yang terbaik didalam kehidupanku ini.


Keyakinan dan keluh kesahku hanya Engkau yang tahu. Perit sedih hatiku hanya pada Mu tempat ku mengadu. 

Aku pasti dengan janji-janji Mu, ujian untuk menguji sejauh mana kasih dan rindu nya aku pada Mu.


Syukur kerana aku dipertemukan dengan sahabat & ahli keluarga Shaklee....My 'mak' Nurhanani . Bila sudah didalam keluarga ini banyak yang ku dapat. Ilmu untuk terus aku dekat dengan Pencipta ku.

Ya Allah, semoga jalan yang kupilih ini diredhai Mu. Dibukakan seluasnya pintu taubat , dan dilimpahkan segala rahmat. Ya Rahman ....Ya Rahim , Engkau mengetahui setiap isi hatiku. Tidak perlu ku mengeluh lagi. Hanya dengan setiap sujud , titipan doa , alunan ayat2 al-Quran, zikir2 Mu, dan semoga segala kebaikan yang ku lakukan semakin menguatkan CINTA KU PADAMU!!

Aku rindukan hidayah Mu.

Namamu berkerdipan di langit yang indah. Umpama bintang yang menyinari. Tiada yang indah selain dari langit itu.

Melihat wajah dibulan yang terang. Allahhuakbar.....di mlm Nisfu Syaaban aku melihatnya. Subhanallah sungguh elok paras rupanya. (waktu ini hati terdetik wajah Nabi Muhammad saw) Waullahhualam...siapa aku utk menyaksikan semua ini. mungkin khayalan sahaja...

Aku rindu utk berada di taman syurga Mu....minum air dari sungai yang mengalir, sedap & nikmat nya air itu...sedap sangat. Makan buah2an dibawah pohon itu. Pohon yang rendang tanpa buah, tetapi bila hatiku terdetik buah2 yg ku ingin. Tiba2 muncul buah dipohon itu. Allahuakbar!

Dan ku tidak mahu berada didalam neraka itu. Badan yang dipanah petir, tiada tempat untuk aku lari. Titian yang dekat dihadapan ku, tapi aku tidak mampu bergerak walau seinci. Sakitnya tidak terkata. Perit ....pedih luka2 dibadan...Ya ALLAH ampunkan segala dosa2ku.....


Aku sentiasa rindukan Mu...semoga kehidupan dan kematianku dipermudahkan.

nota : ini ujian ku didunia, bagaimana nasibku DISANA.

No comments:

Post a Comment