Monday, 22 September 2014

TOKSIN / TOKSIK (racun?)

Hari nie cerita tentang TOKSIK.....org kata racun dalam badan. Yea ke RACUN ? 
ish...takut plak dengar racun nie.

Hanya mereka2 yang pernah makan alfalfa & herbalx je tahu camne rasanya kesan hebat penangan penyingkir toksin nie....memang best....segala harta karun yang tersimpan dalam usus berjaya ditemui...ahhahah......



Toksik dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran. 






Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian. 

Kesihatan manusia menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. 

Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti barah, migrain dan sebagainya.

Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksik dalam badan. Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksik sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .

Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksik tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi. 
Toksik terdapat pada seluruh organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya. 
Antara penyingkiran toksik secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .

Selain itu toksik juga akan dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan. Toksik yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.

Mengapa kita perlu membuang toksik? 

Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksik dan kimia yang berbahaya. 
Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. 
Toksik ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. 
Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banyak lagi kesan-kesan buruk. 

Dengan mengurangkan jumlah toksik di dalam tubuh badan akan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.

"Sistem limpa memainkan peranan penting didalam system imunisasi untuk menyingkirkan toksik. Apabila sistem limpa terhalang cairan limpa akan terhasil dan menyebabkan sistem limpa bertoksik. Konsep disebalik teknologi orang Asia ini adalah untuk mengekstrak cairan limpa didalam tubuh badan dengan membuang halangan tadi. Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan sisa metabolik dan toksik, menghantar nutrien kedalam sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme. " 

Meh tgk pic nie....simptom dan penyakit akibat usus yang bertoksin.......

TAKUT? ....

jom cuci usus anda yang dah lama simpan harta karun tu....bukan harta emas permata tapi RACUN...





Thursday, 18 September 2014

ZINK Complex

Tetiba nak share citer pasal ZINK Complex nie.....dah hari2 citer pasal nak kurus, nak cantik, nak yang comel, kulit glowing. 

Meh baca citer ZINK pula.

Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . 


Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.

SIAPA PERLUKAN Zinc Complex
  1. Lelaki dan Wanita >> dari bayi sampai ke tua
  2.  Wanita Mengandung dan Menyusu
  3.  Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
  4. Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  5. Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
  6. Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
  7. Orang yang mempunyai penyakit sel sabit


ZINK COMPLEX berfungsi sebagai ?


Diabetes : Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes


Penjagaan Kulit : Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema : Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zincmemainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat : mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penyembuhan luka : Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Gangguan Prostat : Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zincmenyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Hilang berat badan : Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Mengandung : Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan : Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi : Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan : Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan : Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim : Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

Kanser : Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik : Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

Botak : Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut

Kehilangan tulang : Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

Buta Malam : Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.


nota kaki 
SILA BACA !

v
v
v


ZINC ADALAH SUATU KHAZANAH LELAKI

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Definisi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.




Monday, 15 September 2014

Corat Coret

Alhamdulillah.....enjoy hujung minggu bersama ibu mertua & biras serta anak2 buah...g wedding kat restoran zam zam , shah alam.

Walaupun x berjalan jauh , sempat g masjid putrajaya je...minum2....ada rezeki kita jejalan tempat lain pula ye....






selfie bersama encik suami....


 posing gedik's



me with MIL , biras 


Friday, 12 September 2014

KOLEKSI SUKAN

2010  >>



 << 2011

2012 >>
 << 2013

 ~~~{@ 2014



 .....anda boleh nampak perbezaan nya ???

i'm shaklee lover !!

NUR AISYAH DHABITAH

aLHAMDULILLAh

Syukur.... hari nie birthday my buah hati .....


12.9.2002 >> 12.9.2014 
nur aisyah dhabitah binti muhammad khairul


sekejap aje masa berlalu...rupa nya dah 12 tahun usia anak ummi...rasa macam baru semalam kakak lahir.....my puteri kesayangan ni cucu 1st dlm keluarga ummi...hehehhe...kesayangan nenek & atok nie...

semoga kak long dapat jaga adik2 dengan baik.....setiap titis airmata ummi, kakak sentiasa ada...walaupun kakak nampak mcm "tak peduli" tapi ummi tahu kakak seorang yg "ambil tahu" ....i know u my baby....ummi & walid akan lakukan yang terbaik utk kakak.....

Thursday, 11 September 2014

CAROTOMAX



Apakah Keistimewaan Carotomax Shaklee?


  • Campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.
  • Berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
  • Dilengkapi Antaxanthin
Apa pula Astaxanthin?


  • Sejenis Caratenoid yang merupakan sumber anti-oksidan dan anti-radang terbaik.
  • Menghalang radikal bebas dan mencegah tisu badan dirosakkan oksida.
Apa fungsi Carotomax Shaklee?


  • Memelihara kesihatan yang baik
  • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu
  • Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan tulang
  • Mengekalkan kesihatan retina mata (merawat rabun)
  • Membentuk membran mukus (selaput lendir) yang sihat
  • Membantu membentuk sel darah merah dan sel darah putih yang sihat
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan untuk kesihatan yang optimum
  • Mengekalkan kesihatan mata, jantung, kulit
  • Kerana ada unsur Astaxanthin yang anti-oksidan, ia menjadikan kulit lebih cantik dan awet muda
  • Kerana ada unsur Astaxanthin yang anti-radang, ia melegakan sakit sendi, otot, ligamen, tendon dan arthritis
Siapa perlukan CarotoMax Shaklee?


  • Individu bermasalah rabun
  • Individu yang ingin kekalkan kesihatan mata
  • Individu yang ingin kesihatan badan yang menyeluruh
  • Pesakit arthritis
  • Atlet
  • Sesiapa sahaja kecuali ibu hamil







Ini anis sebelum dan selepas ber CAROTOMAX !!



RADIKAL BEBAS

SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.



       Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

      Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

      Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadiradikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

     Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.



    Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.


OH TIDAK!!!!!!!!!!!!!!


PENYAKIT AKIBAT RADIKAL BEBAS !!


Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:
  • Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).
  • Minuman beralkohol.
  • Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
  • Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikalbebas.
  • Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
  • Sinaran ultra ungu.
  • Pencemaran alam sekitar.

         Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

         Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

        Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikalbebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikalbebas.

        Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

        Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.



  •     Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.

        Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

        Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan.

        Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.









  • aNDa FIKIrKAN !!