Showing posts with label radang sendi. Show all posts
Showing posts with label radang sendi. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

SAKIT SENDI

Apakah Penyakit Gout ?

Untuk pengetahuan anda, penyakit gout adalah merupakan penyakit yang biasanya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. 
 
Perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki. 
 
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.

Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. 

Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.


Faktor Utama : 

1) Asid urik berlebihan dalam badan


2) asid urik tidak dibuang dengan berkesan dalam badan



Tanda-tanda penyakit gout menyerang
  1. Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
  2. Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur. 

      

Penyakit berkaitan sendi?


  1. Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
  2. Gout
  3. Arthrithis
  4. Osteoporosis
  5. Tendinitis
  6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat

  1. Mudah kejang dan tegang pada sendi
  2. Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
  3. Bengkak pada sendi
  4. Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
  5. Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi


  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 

  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Monday, 22 September 2014

TOKSIN / TOKSIK (racun?)

Hari nie cerita tentang TOKSIK.....org kata racun dalam badan. Yea ke RACUN ? 
ish...takut plak dengar racun nie.

Hanya mereka2 yang pernah makan alfalfa & herbalx je tahu camne rasanya kesan hebat penangan penyingkir toksin nie....memang best....segala harta karun yang tersimpan dalam usus berjaya ditemui...ahhahah......



Toksik dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran. 






Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian. 

Kesihatan manusia menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. 

Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti barah, migrain dan sebagainya.

Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksik dalam badan. Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksik sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .

Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksik tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi. 
Toksik terdapat pada seluruh organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya. 
Antara penyingkiran toksik secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .

Selain itu toksik juga akan dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan. Toksik yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.

Mengapa kita perlu membuang toksik? 

Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksik dan kimia yang berbahaya. 
Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. 
Toksik ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. 
Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banyak lagi kesan-kesan buruk. 

Dengan mengurangkan jumlah toksik di dalam tubuh badan akan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.

"Sistem limpa memainkan peranan penting didalam system imunisasi untuk menyingkirkan toksik. Apabila sistem limpa terhalang cairan limpa akan terhasil dan menyebabkan sistem limpa bertoksik. Konsep disebalik teknologi orang Asia ini adalah untuk mengekstrak cairan limpa didalam tubuh badan dengan membuang halangan tadi. Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan sisa metabolik dan toksik, menghantar nutrien kedalam sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme. " 

Meh tgk pic nie....simptom dan penyakit akibat usus yang bertoksin.......

TAKUT? ....

jom cuci usus anda yang dah lama simpan harta karun tu....bukan harta emas permata tapi RACUN...





Thursday, 4 September 2014

5 tips Agar Anda Sentiasa KURUS


Assalammualaikum semua....hari nie Anis nak share tips untuk anda SENTIASA KURUS. 
Wahh...bila nampak perkataan KURUS je excited plak yea......

Nak cerita sikit ni....berat Anis pernah memcecah 74kilo ...... 
boleh tgk pic Anis masa comel lote tu....
Oh tidak...xmo dah berat camtu....baju x muat, kerap sakit kaki, sedih bila comel sangat. Dulu Anis tak lah comel mcm 74kilo tu..paling berat pun 65 /68 kilo .....adoiii...berat juga sebenarnya...hehhee
Tapi gara2 tak jaga pemakanan, semua belasah telan je...tu lah hasilnya 74 kilo.....mencabar betul. 
Dengan berat 74 kilo tetiba doktor beritahu " confirm u ada Atrithis = RADANG SENDI ..... oh...saya suka sukan....nikmat kesihatan saya ditarik sedikit...
Ishhhh...panjang Anis cerita. Esok2 cerita lagi macammana Anis masih boleh bersukan walaupun ada sakit RADANG SENDI  

Jom zikir Ya Wahhab = Maha Pemberi 100x 
Doa apa yang anda mahukan !!Yakin kerana DIA Maha Pemberi


1. Jadikan air masak sebagai minuman utama

Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus / manis / berkarbonat / tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari

Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari.

4. Makan hanya apabila lapar

Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

5. Makan buah-buahan


Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.




Friday, 30 August 2013

OSTEMATRIX atau SEGELAS SUSU





Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "

Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut..

Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Otot & Saraf 
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm
  • Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
  • Jantung
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
  • Kulit
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.


Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?

Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. 
Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??
... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.

sumber :: http://alinalan.blogspot.com/2012/03/kaki-susu-atau-tidak-ketahui-berapa.html