Showing posts with label basic h2. Show all posts
Showing posts with label basic h2. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

KENAPA SAYA MESTI MEMILIH JENAMA SHAKLEE?

sALAm buat semua....
Cuci mata ngan info best nie dulu >>>>


Hari ni banyak perkara nak share...tapi mood pepagi ni anis nak cerita panduan memilih vitamin. 
Anis perasan ada beberapa rakan yang bertanya fungsi produk & cara makan. Walaupun yang bertanya tu tak beli produk dari anis (mgkn beli ngan SID lain) Insyaallah anis cuba bantu juga. Buat SID lain bantulah & pantau lah keadaan customer anda. 
Macam kes member sekolah anis tu...beli collagen powder dah lah mahal tak terang cara makan tu betul2...sudah nye member tu ngadu ngan anis muka die teruk berbintik2....kesian nya lah....hilang kepercayaan pelanggan pada jenama produk tau.

JANGAN JUAL DAPAT DUIT SENYAP ! 
anda telah merosakkan reputasi SID lain yang bersungguh2 
mencari rezeki dengan jujur & ikhlas.


Kat sini anis share kan tips memilih vitamin. semoga dapat membantu anda memilih dengan bijak. 
Jika harga menjadi taruhan anda. Sila abaikan pembacaan ini. Penat je baca klau sudahnya jawapan anda "mahalnya, tak nak lah beli" 

STOP !! 

Panduan Memilih Vitamin dan Mineral Yang Baik:
1. Pastikan vitamin yang diambil hendaklah SEMULAJADI.

PENTING >> untuk pengetahuan anda 

1)  TIADA SILIKA GEL  dalam setiap botol produk shaklee 

Silica gel adalah zat yang terbuat dari silikon silikat yang dikenal karena kemampuannya menyerap kelembaban.

2) Bekas / botol2 produk boleh dikitar semula





2. Kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) .
**contoh sahaja

3. Sijil HALAL yang diSAHkan

4. Pastikan vitamin yang DIPILIH memenuhi kehendak kesihatan anda. Fungsi setiap vitamin harus diambil berat.

Tak nak lah pula nanti kata tak berkesan. Pastikan anda tahu fungsi vitamin. Secara automatik boleh tambah ilmu juga. 




Tentang Kami

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesandan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri. 



Keunikan Shaklee

Falsafah Produk Shaklee

Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.



Tidak Diuji Ke atas Haiwan

Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan
kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di seluruh dunia.
Sebagai polisi kami, Shaklee Corporation menentang dan tidak menjalankan
apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk Shaklee.
Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing,
agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri
ke atas produk kami tanpa kawalan daripada pihak kami.
Pada tahun 2003, Ibu Pejabat Dunia Shaklee telah dibom oleh seorang individu yang
menyangka bahawa kami melakukan ujian ke atas haiwan.
Ujian ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kami atau produk kami.
Malah, ia telah dijalankan secara berasingan oleh badan farmaseutikal yang memiliki syarikat kami
pada masa itu. Kami telah beroperasi secara bebas sejak tahun 2004.
Malangnya, tindakan keganasan yang tersilap sasar ini serta liputan media yang
berterusan terhadap suspek pengebom tersebut telah menyebabkan kekeliruan
yang mengaitkan syarikat kami dengan ujian ke atas haiwan. Ini adalah sebuah kesilapan yang nyata.
Kami sentiasa mempercayai dan menyokong layanan beretika terhadap semua jenis haiwan.

Thursday, 2 October 2014

PRODUK SHAKLEE MEMBANTU PEMULIHAN ECZEMA

APA ITU ECZEMA?


Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinanmasalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa ada berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

GEJALA-GEJALA ECZEMA

Acute Eczema
  • "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
 Eczema Kronik
  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

APAKAH PUNCA ECZEMA?


Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).


BAGAIMANA KITARAN ECZEMA?
  

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" ataualahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah


APAKAH LANGKAH UNTUK ELAKKAN ECZEMA MENJADI TERUK?

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.

Langkah-langkah Pengawalan Harian:
 
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.

APA SHAKLEE BOLEH BANTU?

Shaklee mempunyai beberapa produk bagi mereka yang mempunyai masalah eczema.
  1. Rawatan Dalaman
  2. Rawatan Luaran
RAWATAN DALAMAN


Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.


 

Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.



Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.



Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.
 

RAWATAN LUARAN

 


Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.

*tidak sesuai bagi eczema berair.


 


Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 

*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

 



Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut. 



copy paste >> kredit link to : http://www.vitaminsuci.com/